Anugerah Juara Lagu ke 25
*UPDATE Sila klik link untuk tengok video =)
Hai semua,
Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini =) cewah, formal pulak hihi. Tujuan entri ini adalah untuk memberi ulasan dari sudut pandangan saya tentang AJL kali ini. AJL yang lepas ada mengulas (wah macam komentator sukan pulak) jugak. Sila klik sini ya. Ok, first thing first, honestly saya nak mengaku bahawasanya saya memang terkejut dan tak berpuas hati langsung dengan keputusan AJL ni. Serious. Lepas dengar result je, terus rasa macam bodoh, macam..haa? haa? what just happened? haa? haa? pastu memang sumpah speechless. keke. So anyways, I’ll try not to be bias commenting on the performances ok hehe
First up, Opening Performances
Francisca Peters - Sekadar Di Pinggiran
Peh! Suara maintain siot. Sayangnya, body tak maintain. Kihkih. Tapi memang power ah. Tapi Dede kat belakang sikit-sikit nyanyi “komputer muzik! komputer muzik!” bahahah. Agak kelakar kalau difikir-fikirkan balik. Fran adalah pemenang AJL yang pertama sekali pada tahun 1986 (eh tahun aku lahir lah! =D) Orang dulu-dulu memang power sebenarnya. Memang betul-betul boleh nyanyi aa kira.
Nash - Pada Syurga Di Wajahmu
Lagu ni memang best. Dan Nash memang tak menghampakan langsung. Suara maintain walaupun dah tua. Nash ni time dia go solo baru best. Time dia dengan Lefthanded nyanyi lagu Tiada Lagi Kidungmu tuh, aduhai, jerit macam nak terberak sampai la lagu tu habis. Aku yang dengar ni pun rasa macam nak terberak jugak dengar dia jerit. Pastu bila lagu PSDW dah pandai control suara dah sedap giler dah. Jerit pun secukup rasa. Uncle Nash memang macho. Anyway, takziah diucapkan atas pemergian ex-wife uncle. (ceh cakap macam nash tu jiran sebelah)
M Nasir - Tanya Sama Itu Hud-Hud & Ghazal Untuk Rabiah
Hm. Kecewa sebenarnya dengan M Nasir (sebab dia ketua juri) Tapi M Nasir memang hensem dari dulu sampai la sekarang. Agak legend jugak ar. Tak berapa minat lagu TSIHH sebab ada budak-budak nyanyi (eh? alasan boleh pakai tak hehe) pastu lirik lang mengsilai kui mengsikui like huh? tak paham bahasa apa tu bahasa bunian ke? dan dancers macam tak sesuai langsung ok. Pastu lagu GUR. M Nasir diri sorang-sorang atas pentas. Mana Jamal? Tunggu je kemunculan Uncle Jamal dari belakang pentas. Satgi takde. Adu kecewa. Rupanya Uncle Jamal ada konsert kat IB. Hm tapi best jugakla sebab lagu tu memang best. Oh M Nasir, suara ko memang best. Untung Marlia Musa mempersuamikan u tiap-tiap malam didodoikan dengan langmengsilaikuimengsikui. twit, kenapa M Nasir nyanyi 2 lagu? sebab dia ketua juri ke? Tak aci btol.
Performances
Ok, setelah Shahir mengecewakan I, lagu ni adalah pilihan saya untuk menggondol Anugerah Juara Lagu. (malangnya tak. sobsob) Epic siot Yuna. Style giler. Nyanyi sambil main piano, syahdu gila lagu ni. Performance yang full of taste. Walaupun baju agak weird, tapi suka dengan color deep orange tu dan make up memang superb! Ween, u ke yang mekap yuna this time? hehe
Not Bad Tomok, notbadadall! =) Dari segi vokal memang lagi bagus dari last year dan salah seorang calon saya untuk vokal terbaik. He’s channeling Jay Chou which I think, oklaaa, not bad sebenarnya. Satu je tak suka. Tomok, why oh why do you have to do your hair like that?! Aduhai sumpah buruk! Rempit giler rambut.
I like this song. Dede kata Noh merosakkan lagu sebab suara dia tak best langsung. Pastu gitar out giler sebab Loque tak potong tali gitar kalau Duck tengok mesti Duck marah. Eh ni aku yang review ke Dede yang review? keke. Kenapa Lan kalau nyanyi live mesti gaya nak over. Dah la gigi memerlukan braces eeeeee dian ko ni tak baik kutuk orang! sebab kondisi gigi dia camtu la suara dia power gila tau tak gigi kau cantik suara kau yang sedaaaaaaaaaap!! Ok dah. And motif kena tembak last-last?
Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Shaaaaaaaaaaaaaaaaaaahir!! Sobsob8x I mengharapkan sangat sangat you menang shahir. I harap sangat you nyanyi betul-betul sebab suara you sangat sedap shahir. Shahir, anak I pun harap you menang. Kenapa you kecewakan I dan anak I? You kejam shahir! You selfish! Ok, tetiba. Stop drama please. Hehe. Oh Shahir. Suara sedap. Lagu best giler. Kenapa slowkan tempo?! Lagu lagi lembab dan melarat-larat. Momentum takda! Shahir! Pastu kenapa ada suara pompuan yang mengganggu. Sekarang baru sedar suara Nasha Aziz tak sedap. Allah Maha Adil. Muka Cantik tapi Suara TakSedapLangsung. Pastu last-last sedap je kau tampar I punya Shahir! EH! haha. Agak tak paham scene kena tampar tu. Shahiiiir. You could be great Shahir. You could win the title Shahir!! Tapi don’t worry Shahir I tetap suka you.
Meet Uncle Hussein Feat. Black - Drama King 2nd place
Musically, MUH memang power. Tambah dengan Black. 2x power. Ok aa dapat 2nd place. Memang deserve it. Cuma kenapa kembalikan konsep mime tuh? Takda idea? Malas nak pikir idea baru? Saje konon-konon nak bikin trademark? Mime tu menakutkan la ekceli. Me no likey.
Hafiz - Noktah Cinta 3rd Place & Best Vocal
Aiya. 3rd place okla boleh terima (kot! hehe) tapi vokal terbaik? COME ON!!!! Against Black? COME ON!!! aduyai. Satu lagi performance yang ada adegan tembak-menembak. Uish pengaruh kurang baik betul. Aksi ganas. Tak sesuai. Pastu dah agak mesti tukar baju. Pastu Hafiz, kalau nak pakai lipgloss takpayah la nak obvious sangat ko tu laki kot! Adoi.
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Winner
Tolong ingatkan aku kenapa lagu ni juara?
Konsep drama. Menarik. Pak Ajis tak hafal lirik! Kantoi. Tak buat homework lah tu! Spoil. FT keluar (channelling MJ lah! Isk, kurang suka pulak) pegang perut Noorkhiriah (dia mengandung betul ke?) pastu jalan-jalan gi peluk Cikgu Fatimah. Teeeeeetttt. Perlu ke peluk?? Salam boleh kan. Saje je kan. Saje nak create controversy kan? FT please jangan buat benda-benda yang senang orang lain nak cari kesalahan. Tak learn from mistake ke (insiden bukak baju). Overall, lagu best, performance biasa-biasa, suara…urm…Dede tak suka FT nyanyi live sebab dia kata FT kalau live hancur. Kalau dengar betul-betul, betul jugak kot (berapa banyak betul daa)
My mum’s favorite! hehe. Adira sungguh comel dengan baju princess color putih. Konsep sama macam video clip ada kain terbang-terbang hehe. Suara biasa-biasa je tapi sebab lagu best and dia pun comel, hati I gembira berbunga-bunga berama-rama. =)
Sama dengan komen saya pada tahun lepas, how did they manage to get into finals at the first place? haih…
Initial title for the song is Kubur? ee scary. Sib baik tukar jadi sopiajen. Oh Black. Kau tak pernah menghampakanku. You have my heart lah. Memang best. Black ni walaupun black tapi manis jugak muka dia. Mungkin perlu pakai facial wash yang lebih berkesan sebab jerawat obvious sangat la black walaupun anda black. Ikhlas komen ni. I nak you hensem selalu kulit cantik walaupun black. Ok? Kritikan membina ni tau.
Faizal Tahir - Hanyut Best Performance
Tekaan ku tepat! hehe. Lagu sangat la best. Beli cd dia, lagu ni yang mula-mula sekali menangkap hatiku. Mula-mula FT nyanyi dalam jail. Clad in a straitjacket, he belted his tune like no tomorrow! wehuu. Nak lagu ni dapat no 3 or 2. (malangnya tak sobsob) Pastu debushhhhh jatuh dalam air. Huih saspen saspen. Kat skrin nampak FT dalam air. Hey! Tolong la dia nanti dia mati lemas! Hoi! Anybody! Please heeeeelp him!! Pastu tiba-tiba berjaya melepaskan diri dan berenang ke atas. FT are you descendant of Houdini? Menakjubkan! Pastu FT basah lencun sambung nyanyi. Paling best, spek itam maintain siotttttttttt! Kalau aku la, jatuh dalam air, dah thrashing gila babi spek tah ke mana kasut tah ke mana jaket tah ke mana. Uiiii memang superman ah FT. Spek dia melekat siott kat muka. hehe.
First thought sebelum dia perform, dia ni mesti beruk gila. Yeah I know, memang tak baik, tapi teringat performance dia last year. Rasa nak nangis. haha. Tapi nasib baik, Stacy kali ni okay. Persembahan dia memang expected la. Just menari. Agak comel pakai ala-ala jepun. Last-last bukak sanggul tinggi tu sebab longgar. huhu.
Hm, sebenarnya tak tahu nak komen apa dengan lagu ni. Suara Noh mendatar sangat-sangat. Tak best langsung. Memang patut la pun tak menang apa-apa. Sekadar mencukupkan korum. Itulah konklusi yang sebenar-benarnya.
Dato Sharifah Aini - Tak Tahu Lagu Apa Sorry Kak Pah I Memang Tak Minat You Dari Dulu
Fiiiiiirst sekali dalam kepala otak bila tengok KakPah, HIDUNGGGGGGG. Confirm buat. Pastu bibir. Confirm buat jugak. Pastu dagu. Runcing semacam. Confirm buat. Mama cakap, daripada dia bazir duit buat plastic surgery kat muka, baik duit tu guna untuk kuruskan badan. KakPah, what happen to you? Desperate Housewife ke? Isk…
Ziana Zain - Anggapanmu & Madah Berhelah
LEGEND! My favorite of them all! Masih menyengat! Baju pun cantik. Make up flawless! Patutnya Kak Ziana yang menang. hehe.
Siti Nurhaliza - Balqis, Nirmala & Cindai
Hoh! Mula-mula tak tau pun siti ada perform. Pastu tau, teruja nak tengok dia pakai baju apa. hehe. Start je, first thought, wow! siti bersilat! Second thought, eh, mana tudung? Throughout the performance baru sedar, yang belakang tu kain hitam bukan rambut. Aiya sitiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Tapi memang tak dapat dinafikan lah siti memang paling legend aa kan. Well she deserve it. Cuma, duit banyak-banyak TOLONGLAH hire image consultant. Please siti. Please. Please. Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Oleh itu berakhirlah AJL 25. Kesian jugak Ana Raffali. Memang bukan salah dia. Salah juri. M Nasir kata dia pilih lagu Ana sebab apekebendatah generasi baru, lirikpoetic yadayadayada. Tapi aku tetap rasa Yuna yang patut menang. Yuna pun generasi baru. Music dia lain dari yang lain. Lirik Cinta Sempurna, kalau hayati betul-betul, syahdu habis. Tapi nak buat macam mana. Ini adalah suratan bukan kebetulan. Memang sesuatu yang tak disangka.
Apa-apa pun, congrats jugak kat Ana Raffali. Pasni kalau masuk AJL lagi tolong jangan mekap macam badut.
Akhir kata, Anuar Zain tetap di hati. (Shahir, you no 2 ok jangan marah k padan muka you sebab you kecewakan I pada malam AJL)